Thursday, April 14, 2011

Kelebihan Wanita

Indahnya menjadi seorang wanita..



  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 1000 orang wali
  • Seorang wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki jahat
  • Dua rakaat solat yang dikerjakan oleh wanita hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita tidak hamil
  • Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap susuan yang diberikannya
  • Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih, lalu si isteri melayan suaminya dengan baik akan dikurniakan pahala jihad
  • Seorang isteri yang berjaga malam kerana menjaga ahli keluarganya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  • Isteri dan suami yang melihat pasangannya dengan kasih sayang, maka Allah akan memandang mereka dengan pandangan rahmat
  • Wanita yang mendorong dan menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah, kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua kepada 70 ribu malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan akan menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata yaqut
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya. Kemudian apabila dia menghiburkan hati anaknya Allah memberinya 12 tahun pahala ibadat
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan 'bismilah' didoakan oleh binatang itu dengan keberkatan
  • Wanita yang menguli tepung dengan 'bismilah' Allah akan berkatkan rezekinya
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu baitullah
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami maka Allah akan mengizinkan masuk syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya
  • Pahala bagi wanita hamil seperti berpuasa pada siang hari dan seperti beribadat pada malam hari
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasanya. Manakala setiap kesakitan pada uratnya akan diberi pahala satu haji
  • Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin akan dikira sebagai mati syahid
  • Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, dia mendapat pahala satu tahun solat dan puasa
  • Seorang wanita yang menyusui anaknya sampai 2 suku tahun maka malaikat di langit akan datang membawa khabar gembira bahawa syurga wajib baginya
  • Seorang isteri yang melayan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat
  • Wanita yang mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 dulang emas manakala setelah diminta akan mendapat pahala 7 dulang perak
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga
  • Seorang wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh
  • Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang sedang marah, Allah beri padanya setengah pahala jihad
  • Nabi S.A.W bersadba " Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan bagi ganjaran pahala puasa fisabililah. Bila dia merasa sakit ketika hendak melahirkan anak, Allah akan tambahlagi pahala yang tidak terkira oleh manusia kerana terlalu banyaknya. Apabila telah melahirkan anak dan dia menyusukan anaknya dengan susunya sendiri , maka Allah akan berikan satu kebajikan bagi setiap teguk susunya. Jika dia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya yang menangis, sakit dan sebagainya maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fasabililah dengan ikhlas ( hadis riwayat Hasan bin Sofwan, At tabrani, Ibnu Asakir )
  • Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah S.A.W bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud ; " mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misai, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratulmaut, dalam kubur dia perolehi taman-taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian sirat tanpa menempuh kesusahan"

1 comment:

  1. Thanks infonya menarik bgt. Yang ga kalah penting sih menurut saya, wanita itu juga harus hebat dalam hal keuangan. Wanita harus bisa mandiri secara finansial. Caranya bagaimana? Cek di sini ya: Wanita, lakukan ini kalau mau mandiri secara finansial

    ReplyDelete