Monday, January 10, 2011

Kelahiran putera Chomell

Intan dijangkakan bersalin pada 26 Oktober 2010, tapi sampai esok paginya intan masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin lagi.

Pagi2 tu intan g Klinik Desa Pulau Meranti, checkup 40 minggu..
(~ ~)

Lepas check ngan doktor, Intan dirujuk ke Hospital Serdang. Kena tahan wad!! n kene induce sebab kandungan air ketuban dah kurang n pergerakan baby yang tidak lagi aktif..

Keesokan harinya, 28 Oktober 2010, pada jam 5.00 pagi, intan kene masuk ubat untuk bersalin.. Pagi2 tu dah start rasa sakit perut n intan bleeding!!

Tengahari tu mak datang bawak nasi lauk gulai ketam yang intan idam-idamkan.. hehehe.. tq mak!!! Petang itu intan start muntah-muntah.. Intan dah mula rasa pening dan takde selera nak makan.. Kesan ubat.. Oh kesan ubat..

Malam tu, intan langsung tak boleh tido.. Contraction teramatlah sakit.. berjam-jam lamanya.. Oh!!! Rasa nak guling-guling time tu.. hihihi.. (^-^)

2 kali jugaklah intan panggil nurse suh check sebab dah tak tahan sangat.. tapi bukaan tetap sama.. tetap tak berganjak dari 3cm walaupun dah 24 jam dimasukkan ubat..

Lebih kurang kul 10.00 pagi, intan rasa cam nak buang air besar pulak.. Berkali-kali la intan g toilet.. sampai suh hubby teman ni.. ( ngade-ngade sangat!! )

Tengahari tu kene panggil ngan doktor.. Bile check, bukaan dah 7 cm.. patutlah rasa cam nak membuang dari pagi!! hehehe...

Memang heppy la time tu sebab memang dah x sabar nak bersalin.. lagipun memang dah tak tahan sakit.. hihihi.. (^-^)

Pastu intan start risau.. Yelah, dari petang smalam tu kan muntah2 tak makan.. Sebenarnya mak ngah on da way g sepital time tu.. mak bawakkan bubur untuk intan.. time nurse nak bawak g labour room, sempat lagi intan suh nurse tu tunggu mak datang, nak makan bubur katanya.. tapi hamek!! mane la nurse tu bagi.. last2 g la labour room ngan perut kosong ngan tak bermaya tu.. Guna wheelchair lagi!! hohoho..

Doktor pecahkan air ketuban.. Doktor estimate intan bersalin dalam masa 3 jam lagi sebab doktor kata kebiasaannya bukaan 1 cm untuk 1 jam bagi anak sulung.. Fuh!! time tu rasa 3 jam macam 3 taun lamanya wooo... (^-^)

Pastu intan kene tinggal sorang-sorang dalam labour room.. Naseb baik la hubby mintak masuk dalam labour room awal.. Time tu memang tak keruan la.. Hubby duduk kat sebelah sambil tidak henti-henti bacakan doa..

Setengah jam pastu, intan dah rasa cam nak meneran.. Hubby panggil sister n bile check bukaan dah penuh.. hohoho.. Naseb baiklah x sampai 3 jam.. (^-^)

Alhamdulillah, akhirnya intan selamat melahirkan seorang putera chomel, izzat syahmi bin sapoor pada 29 Oktober 2010, jam 2.24 petang..


** Untuk hubby tersayang, Sapoor bin Ibrahim Lew, terima kasih sebab sudi menemani mama hingga selamat melahirkan seorang putera, penyambung kasih kita berdua.. Amin.. (^-^)





Izzat Syahmi sehari selepas dilahirkan