Wednesday, February 23, 2011

Barang Keperluan ke Hospital

Bagi ibu-ibu chomel especially yang pertama kali bakal mendapat cahaya mata pasti tertanya-tanya barang apakah yang perlu dibawa ke hospital? Berapa banyak? Memang pening.. Macam intan dulu.. hehehe.. So, intan share kat sini supaya boleh menjadi panduan untuk anda semua.. Sharing is caring.. ;-)

Untuk memudahkan anda, bawalah 2 beg pakaian yang sederhana besarnya.. 1 beg untuk ibu dan 1 bag untuk bayi..


Keperluan untuk ibu

  • Baju blouse ataw t-shirt besar yang selesa dipakai ketika pulang dari hospital - 1 helai je sebab kalo kat sepital gomen kene pakai baju hospital
  • Kain batik - 2 helai
  • Maternity pad - 1 pek ( lepas bersalin darah agak banyak keluar)
  • Pakaian dalam - Baju dalam (kalo ada nursing bra, leh la bawak)
    - Seluar dalam (seluar dalam pakai buang lebih mudah)
  • Tuala - Bawa tuala mandi 1 helai & tuala muka 1 helai
  • Baju sejuk
  • Stokin - 3 pasang
  • Selipar
  • Barangan mandian - Sabun mandi, syampu, berus gigi, ubat gigi dll
  • Grooming Set - Sikat, getah rambut, bedak, deodoran dll
  • Minyak panas
  • Makanan - bawalah roti, biskut dll
  • Minuman - milo, horlick, susu, quaker oat (yang mana suka - memberi tenaga selepas bersalin dan merangsang pertambahan susu badan)
  • Thermos
  • Bahan bacaan - Kalo rasa boring kat sepital.. hehehe
  • Plastik - Untuk letak baju kotor anda
** Jangan lupa bawa buku merah, kad pengenalan, surat nikah (jika perlu)


Keperluan untuk bayi

  • Baju lengan panjang - 2 pasang
  • Baju lengan pendek - 2 pasang
  • Sarung tangan & kaki - 4 pasang
  • Barut - 4 helai
  • Pampers bayi - 10 keping
  • Selimut
  • Topi
  • Kain bedung / Kain napkin
  • Tuala
  • Tisu basah
  • Minyak telon - boleh sapu kat kaki baby sket2..
  • Plastik - Untuk letak baju kotor bayi
  • Botol susu - kalo boleh, sediakanlah 1 botol susu kecil (yang ni kene sorok2 sikit, HARAM kat hospital gomen.. hehehe)
** Botol susu ni guna untuk emergency sahaja.. Jika selepas bersalin susu badan dah ada, tak perlu guna okey.. ;-p Ni berdasarkan pengalaman intan sendiri.. Botol susu memang tak bawak.. Memang fikir nak breastfeed anak n intan fikirkan susu badan tu akan ada selepas bersalin.. Seharian intan mencuba tapi tak berjaya.. sangat2 kasihan to my little baby.. Terpaksa menahan lapar lebih dari 24jam.. ;-(


Keperluan ke labour room

  • Pakaian bayi ( Pengalaman di hospital serdang nurse akan pakaikan baju sahaja, seluar tak dipakaikan pun.. kalau di hospital lain tak pasti)
  • Pampers
  • Kain bedung
p/s : barang-barang ke labour room ni kalau boleh masukkan dalam satu plastik ataw paper bag supaya senang dicari dan diberi pada nurse nanti. Selalunya bila nak masuk labour room nurse dah mintak barang-barang ni. Taklah kelam kabut suami nak carikan nanti.. ;-p