Thursday, March 31, 2011

3D/4D Ultrasound Scan

Kali ni intan nak kongsi sket pasal 3d/4d scan ni..

Time mengandung ni mesti semua tak sabar2 nak tunggu baby lahir kan?? terbayang-bayang macam mana rupa baby nanti.. ikut muka mama ke.. ikut muka papa ke.. weeeee..

Scan ni bukan setakat untuk tengok muka baby aje, tapi kita boleh kesan sebarang kecacatan pada janin.. Doktor akan kira jari tangan ngan kaki cukup ke tak.. Bibir tu ok ke, sumbing ke.. Sume boleh tgk.. Kiranya jika ada sebarang kecacatan, kita dah dapat bersedia mental dan fizikal sebelum baby lahir lagi..

Time intan mengandung dulu pun intan sempat g wat scan 3d/4d ni gak.. memang seronok sangat2 n excited habes!!

Intan wat scan ni kat Vision College, Kelana Jaya.. tempat ni memang famous la untuk orang2 scan ni.. Kalo nak g kena booking dulu.. Tempat ni memang slalu full.. Booking awal pun xpe.. cam intan dl, ngandung 5 bulan da booking.. Weeeee.. (^-^)

Harga scan kat Vision College ni pun murah.. Time intan wat bulan Julai 2010, baru rm90.. harganya termasuk cd.. banyak la jugak gamba yang ada.. Berbaloi-baloi..

3d/4d ni disyorkan wat antara 27w ~ 32w.. supaya leh nampak dengan jelas.. tak kecil sangat n tak besar sangat.. Bila da lebih 8 bulan ni baby da besar, da penuh.. So, chance nak tgk muka baby tu terhad..

Pas scan hari tu de gak niat nak masukkan gamba2 scan ni dalam fb, tapi hubby x bagi... katanya tunggu pas baby lahir baru boleh upload.. So, intan menurut perintah!!! (^-^)

Now my baby da pun lahir, dah 5 bulan pun.. Leh la upload.. Weeeee...

Kalo diteliti gambar-gambar scan ni memang sama la ngan baby.. Lagi2 tang hidung dia, mulut dia, pipi dia.. bam bam.. comey sgt2.. memang teruja habes la time scan ni.. betapa besarnya kuasa Allah.. ciptaanNya yang sungguh indah sekali.. (^-^)


























Pureen Warehouse Stock Clearance

Hi sumer.. Kali ni intan nak citer pasal sales pulak.. seronok! seronot!!! (^-^)

Jualan penghabisan stok ni pada 23apr-24apr 2011 kat petaling jaya.. kalo tak tau jalan tengok map kat bawah ni wokey.. (^-^)




Intan penah g sales ni taun lepas.. Time tu intan mengandung 7 bulan.. Ngan pewot memboyot, gagahkan diri jugak bershopink time tu.. Memang conok n berbaloi-baloi.. hehehe..

Memang murah dan berbaloi la kalau g.. Baju dijual serendah rm2 sehelai.. sepasang pun baru rm6.. Baju-bajunya pun elok.. Tapi baju-baju yang ada untuk newborn n yang kecik2 aje.. Kalo baby dah dekat setahun tu takde baju pun.. n kalau berangan nak beli baju-baju ni sumer korang kene datang hari sabtu pagi2 la.. kalo g lambat baju memang dah habis la.. :p

Yang lain pun murah.. Cam kain buai kalo kat luar harga belas-belas ringgit kan? kalo kat situ rm10 aje.. Botol susu pun rm3.. harga yang len intan x brape ingat, tapi memang banyak jugak la beza harga beli kat situ ngan kat luar..

Kat situ de jual pakaian baby, sabun mandian, sabun basuh baju baby, lotion, baby oil, nappy rash cream, tisu basah, botol susu, puting, tilam, bantal, kain buai, pampers bayi dan dewasa, maternity pad dan banyak lagi la.. ( x terucap ngan kata-kata.. hihihi )

So, kepada sume ibu2 chumel yang ngah mengandung ataw yang ada anak kecik tu, jomlah kita ramai2 serbu!!

Wednesday, March 30, 2011

Zul & Jue Enggagement Day

12 March yang lepas, intan g majlis pertunangan zul & jue kat pj.. Zul ni kawan sekampung ngan hubby intan.. Rombongan pihak lelaki dari Muadzam Shah, Pahang..

Oleh sebab jauh dan taknak menyusahkan keluarga (kata zul), zul mintak tolong watkan hantaran-hantarannya.. Memule hantarannya 7 berbalas 9, last-last bertukar 9 berbalas 11..

Memang nervous habes la sebab ni 1st time watkan hantaran untuk orang.. Sebelum ni pernah wat untuk diri sendiri aje.. Ngeee... Intan amek masa lama jugak la nak siapkan hantaran ni.. Almaklumlah, ada anak kecil..


Zul & Jue


Bekas cincin & Cek
(Bekas cincin patut dalam sangkar tu, ni takde sebab time tu zul tak bagi lagi cincin)



Jam & Kasut



Coklat



Buah-buahan segar dari tesco.. hehehe



Handbag & Minyak Wangi



Telekung & Al-Quran



Kain pasang


Untuk kek, ikat reben je.. Zul lupa bawak kek ke rumah malam sebelum bertunang tu.. So, intan watkan reben bunga n ajar camne nak ikat je.. hehehe..

Untuk sirih junjung lak, makcik Zul yang buatkan.. Dibawa khas dari Muadzam Shah.. (^-^)

Ok, Selamat Bertunang buat Zul dan Jue.. Semoga cepat naik pelamin dan selamat menempuh alam pertunangan!! dan terima kasih banyak-banyak sebab bagi intan saguhati!! Sangat-sangat suka!! (^-^)

Insurans

Hari ni intan nak citer sket pasal insurans.. Ops, intan bukan agent insurans wokey!! :p

Sebenarnya intan pun takde insurans lagi.. Intan baru ambil untuk anak intan aje.. Insyaallah lepas ni, kalau ada rezeki lebih memang intan nak ambil insurans untuk intan jugak.. =)
Sebenarnya intan terniat nak ambil insurans ni lepas intan bersalin dulu.. Semuanya gara-gara sebab anak intan dimasukkan wad sebab demam kuning.. Intan bersalin di Hospital Serdang, dan dua hari lepas bersalin tu intan berpantang di Melaka..
Kerana memikirkan keadaan intan yang tak berapa sihat dan sebab intan dah bagi anak susu formula time tu, memang SERAMM la nak gi hospital kerajaan.. Takut kena herdik lagi!!!

Akhirnya intan n hubby buat keputusan nak hantar anak g hospital swasta aje.. Yang terdekat ngan umah time tu Hospital Pantai Melaka.. Memang terkejut sangat2 kena bayar RM2000 untuk deposit masuk wad tu.. Macam tak percaya, kene bayar deposit sebanyak tu hanya kerana demam kuning!!
Cuba bayangkan kalo tak berduit time tu?? hohoho..


Bila difikirkan sejenak, cukup ke simpanan duit intan n hubby? kalau berlaku apa-apa pada anak? Mana nak cari duit untuk tampung kos perubatan?? Memang ada hospital kerajaan.. tapi berapa ramai lagikah yang menunggu untuk menjalani rawatan?? Mampukah anak sekecil itu bersabar menahan sakit??

Lama jugakla berfikir nak ambil insurans apa.. Akhirnya time berjalan-jalan kat giant puchong, ada promote pasal insurans ni.. Tengok benefits dia pun ok..
Akhirnya intan amek insurans ni... (^-^)



"Prudential BSN Takaful merupakan gabungan Plan Perlindungan , Plan Perubatan dan Plan Simpanan dalam SATU akaun."


Pelan yang intan ambil ni memberi perlindungan pendidikan, kamatian, kemalangan, penyakit kritikal, kad perubatan (medical card) dan lain-lain lagi..

Intan ambil pakej ni sampai umur anak Intan 70 tahun.. Tapi intan selaku penama akan membayar sampai umur anak 25 tahun.. Jika intan menghidap penyakit kritikal atau meninggal dunia sebelum umur anak Intan 25 tahun, maknanya pembayaran tak perlu dibuat sehinggalah umur anak Intan tu mencecah 25 tahun.. Jika anak Intan pula yang menghidap penyakit kritikal, Intan tak perlu membayar apa-apa lagi kerana insurans yang akan tanggung semuanya sehingga anak meninggal dunia.. Berbaloi kan??

Pastu pelan ni takde tempoh matang.. Kita boleh keluarkan duit pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai terkumpul melebihi RM4000.. Jadi Intan dah mula berfikir, bila anak nak pergi sambung belajar nanti tak perlulah ambil pinjaman.. Boleh keluarkan duit ni untuk tujuan tersebut.. (^-^)

Insurans ni juga banyak elaun.. Ada elaun hospital, elaun ICU, elaun bedah dan elaun lumpuh.. Ada juga bonus tanpa tuntutan.. Maksudnya kalau kita sihat dalam tempoh setahun tu, kita akan diberi bonus.. Banyak la kebaikannya..

Bila direnung-renungkan kembali, patutlah ramai orang berbangsa cina di hospital swasta.. Dulu-dulu intan berfikir betapa banyaknya duit mereka menampung kos di hospital swasta.. Rupa-rupanya mereka dilindungi insurans.. Cuma masyarakat melayu kurang menyambut baik perlindungan insurans ni..

So, renung-renungkanlah dan selamat beramal!! hehehe..
Ingatlah orang yang tersayang.. (^-^)

Tuesday, March 29, 2011

Andainya Lelaki Tahu..

Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah.. tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah dan tidak dapat mengawal perasaannya, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat lelaki rimas, tetapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik.. Bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jarang mengatakan I LOVE U, itu bukan bermaksud dia tidak menyintai.. tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu berkata dia rindu sama kamu, dia memang benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan berkata lelaki lain lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya ingin menguji kamu.. Dia ingin melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu berdegil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya..

Andainya lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..

Perempuan itu diciptakan oleh Allah sungguh indah sekali..
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya..
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah, tetapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya..