Andainya lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah.. tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah dan tidak dapat mengawal perasaannya, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat lelaki rimas, tetapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik.. Bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jarang mengatakan I LOVE U, itu bukan bermaksud dia tidak menyintai.. tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu berkata dia rindu sama kamu, dia memang benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan berkata lelaki lain lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya ingin menguji kamu.. Dia ingin melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu berdegil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya..
Andainya lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..
Perempuan itu diciptakan oleh Allah sungguh indah sekali..
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya..
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah, tetapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya..
Tuesday, March 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment