Wednesday, March 30, 2011

Insurans

Hari ni intan nak citer sket pasal insurans.. Ops, intan bukan agent insurans wokey!! :p

Sebenarnya intan pun takde insurans lagi.. Intan baru ambil untuk anak intan aje.. Insyaallah lepas ni, kalau ada rezeki lebih memang intan nak ambil insurans untuk intan jugak.. =)
Sebenarnya intan terniat nak ambil insurans ni lepas intan bersalin dulu.. Semuanya gara-gara sebab anak intan dimasukkan wad sebab demam kuning.. Intan bersalin di Hospital Serdang, dan dua hari lepas bersalin tu intan berpantang di Melaka..
Kerana memikirkan keadaan intan yang tak berapa sihat dan sebab intan dah bagi anak susu formula time tu, memang SERAMM la nak gi hospital kerajaan.. Takut kena herdik lagi!!!

Akhirnya intan n hubby buat keputusan nak hantar anak g hospital swasta aje.. Yang terdekat ngan umah time tu Hospital Pantai Melaka.. Memang terkejut sangat2 kena bayar RM2000 untuk deposit masuk wad tu.. Macam tak percaya, kene bayar deposit sebanyak tu hanya kerana demam kuning!!
Cuba bayangkan kalo tak berduit time tu?? hohoho..


Bila difikirkan sejenak, cukup ke simpanan duit intan n hubby? kalau berlaku apa-apa pada anak? Mana nak cari duit untuk tampung kos perubatan?? Memang ada hospital kerajaan.. tapi berapa ramai lagikah yang menunggu untuk menjalani rawatan?? Mampukah anak sekecil itu bersabar menahan sakit??

Lama jugakla berfikir nak ambil insurans apa.. Akhirnya time berjalan-jalan kat giant puchong, ada promote pasal insurans ni.. Tengok benefits dia pun ok..
Akhirnya intan amek insurans ni... (^-^)



"Prudential BSN Takaful merupakan gabungan Plan Perlindungan , Plan Perubatan dan Plan Simpanan dalam SATU akaun."


Pelan yang intan ambil ni memberi perlindungan pendidikan, kamatian, kemalangan, penyakit kritikal, kad perubatan (medical card) dan lain-lain lagi..

Intan ambil pakej ni sampai umur anak Intan 70 tahun.. Tapi intan selaku penama akan membayar sampai umur anak 25 tahun.. Jika intan menghidap penyakit kritikal atau meninggal dunia sebelum umur anak Intan 25 tahun, maknanya pembayaran tak perlu dibuat sehinggalah umur anak Intan tu mencecah 25 tahun.. Jika anak Intan pula yang menghidap penyakit kritikal, Intan tak perlu membayar apa-apa lagi kerana insurans yang akan tanggung semuanya sehingga anak meninggal dunia.. Berbaloi kan??

Pastu pelan ni takde tempoh matang.. Kita boleh keluarkan duit pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai terkumpul melebihi RM4000.. Jadi Intan dah mula berfikir, bila anak nak pergi sambung belajar nanti tak perlulah ambil pinjaman.. Boleh keluarkan duit ni untuk tujuan tersebut.. (^-^)

Insurans ni juga banyak elaun.. Ada elaun hospital, elaun ICU, elaun bedah dan elaun lumpuh.. Ada juga bonus tanpa tuntutan.. Maksudnya kalau kita sihat dalam tempoh setahun tu, kita akan diberi bonus.. Banyak la kebaikannya..

Bila direnung-renungkan kembali, patutlah ramai orang berbangsa cina di hospital swasta.. Dulu-dulu intan berfikir betapa banyaknya duit mereka menampung kos di hospital swasta.. Rupa-rupanya mereka dilindungi insurans.. Cuma masyarakat melayu kurang menyambut baik perlindungan insurans ni..

So, renung-renungkanlah dan selamat beramal!! hehehe..
Ingatlah orang yang tersayang.. (^-^)

No comments:

Post a Comment