Tuesday, April 26, 2011

Izzat 6 month!!

My cute baby, izzat syahmi already 6 month!! :-)

Al-kisahnya, semalam petang intan bawaklah izzat g checkup ngan enjet untuk 6 bulan..

Erm, sangat tak best sebab berat badan izzat naik 300g aje!!!
ish..ish..ish.. nape anak mama ni?? bulan lepas pun berat badan naik 200g aje..
Riso.. Riso.. (tapi papa izzat kata ok, takkan nak bagi anak obesiti..hehehe)

Nurse pun tanya izzat dah pandai watpe, minum susu ape, dah makan ke belum, bagi makan ape..

Ngan bangganyer jawablah izzat dah pandai meniarap, ngah angkat punggung sket2.. still minum susu mamex gold lagi.. pastu dah bagi makan.. bagi makan bubur nasi campur carrot, bayam, brokoli,, ikan, ayam..bla..bla.. (konon2 nak tunjuk yang mama izzat ni rajin masak :p)

Tapi....

Hohoho..

Sangat malu...

Sangat segan...

Takpe-takpe...

Saya seorang ibu baru belajar..

Hehehehe... :-)



Intan kene tegurlah dengan nurse itu.. Katanya memang bagus intan masak, bubuh sayur-sayur sume tu ok.. Cuma cara masak tu salah sket..

Isi ayam ngan ikan tu jangan rebus skali.. kena goreng.. baby kene makan minyak sikit.. untuk tenaga, untuk penambahan berat badan.. kicap manis pun boleh letak sket dalam masakan.. pastu, dah boleh start bagi makan telur.. Nak tengok baby ada allergic ngan telur ataw tak.. Sebab nanti umur 1 tahun, ada injection yang mengandungi telur.. Kalo baby allergic, injection tu akan di postpone kan..

Ohhh... mama izzat.. Ohhh.. mama izzat...


p/s : Intan kene soal siasat ngan papa izzat.. mane belajar masak bubur sebelum ini..
Jawapannya dalam internet!! hehehe..

Thursday, April 14, 2011

Hepi Besday!!

Hepi besday to me..
Hepi besday to me..
Hepi besday to me intan..
Hepi besday to me...

Hohoho.. Sangat seronok!!! Today i'm 25 years old!! Heppy besday to me!!! lalalala...

Wish untuk diri sendiri.. hikhikhik.. Semoga intan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki.. Semoga intan semakin bahagia di samping suami, anak dan keluarga tersayang.. ;-)

Alhamdulilah, dalam usia yang boleh kata muda ( chewah.. ) intan dah kawen, dah ade anak.. Dah ada kerjaya, dah ada harta sket..

Alhamdulilah, syukur padanya kerana masih bernafas hingga ke hari ini.. Dianugerahkan seorang suami yang sangat penyanyang dan seorang anak yang sangat comel..

Syukur.. ;-)


Kelebihan Wanita

Indahnya menjadi seorang wanita..



  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 1000 orang wali
  • Seorang wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki jahat
  • Dua rakaat solat yang dikerjakan oleh wanita hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita tidak hamil
  • Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap susuan yang diberikannya
  • Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih, lalu si isteri melayan suaminya dengan baik akan dikurniakan pahala jihad
  • Seorang isteri yang berjaga malam kerana menjaga ahli keluarganya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  • Isteri dan suami yang melihat pasangannya dengan kasih sayang, maka Allah akan memandang mereka dengan pandangan rahmat
  • Wanita yang mendorong dan menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah, kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua kepada 70 ribu malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan akan menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata yaqut
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya. Kemudian apabila dia menghiburkan hati anaknya Allah memberinya 12 tahun pahala ibadat
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan 'bismilah' didoakan oleh binatang itu dengan keberkatan
  • Wanita yang menguli tepung dengan 'bismilah' Allah akan berkatkan rezekinya
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu baitullah
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami maka Allah akan mengizinkan masuk syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya
  • Pahala bagi wanita hamil seperti berpuasa pada siang hari dan seperti beribadat pada malam hari
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasanya. Manakala setiap kesakitan pada uratnya akan diberi pahala satu haji
  • Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin akan dikira sebagai mati syahid
  • Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, dia mendapat pahala satu tahun solat dan puasa
  • Seorang wanita yang menyusui anaknya sampai 2 suku tahun maka malaikat di langit akan datang membawa khabar gembira bahawa syurga wajib baginya
  • Seorang isteri yang melayan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat
  • Wanita yang mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 dulang emas manakala setelah diminta akan mendapat pahala 7 dulang perak
  • Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga
  • Seorang wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh
  • Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang sedang marah, Allah beri padanya setengah pahala jihad
  • Nabi S.A.W bersadba " Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan bagi ganjaran pahala puasa fisabililah. Bila dia merasa sakit ketika hendak melahirkan anak, Allah akan tambahlagi pahala yang tidak terkira oleh manusia kerana terlalu banyaknya. Apabila telah melahirkan anak dan dia menyusukan anaknya dengan susunya sendiri , maka Allah akan berikan satu kebajikan bagi setiap teguk susunya. Jika dia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya yang menangis, sakit dan sebagainya maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam fasabililah dengan ikhlas ( hadis riwayat Hasan bin Sofwan, At tabrani, Ibnu Asakir )
  • Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah S.A.W bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud ; " mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misai, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratulmaut, dalam kubur dia perolehi taman-taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian sirat tanpa menempuh kesusahan"

Friday, April 1, 2011

Bila April Tiba

Hari ni masuk suda bulan April.. sangat suka.. (^-^)

Ops, bukan sebab hari ni hari April Fool wokey!!



Kita sebagai umat Islam janganlah sambut budaya barat yang keparat tu ok.. Tak baik mengenakan orang.. Mungkin niat kita itu semua gurauan, tapi bukan semua orang bersikap terbuka ok.. Jangan nanti elok2 berkawan terus bermusuhan..

Macam-macam sejarah yang diperkatakan tentang April Fool ni.. Ada yang kata ia mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada , Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian.. Ada yang kata ia adalah proses penukaran tahun baru dari awal April ke awal Januari pada kurun ke-16 dulu..
Tak payahlah kita nak memeningkan kepala dengan berfikir mana satu kebenarannya.. Yang jelas di sini adalah tak baik jika kita menipu untuk mengenakan orang lain.. (^-^)

Terungkap pada sabda Nabi SAW:


“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim


Berceramah pulak.. hehehe.. sekadar berkongsi ilmu.. (^-^)

Erm, berbalik pada bulan April tadi, intan suka sebab bulan nan indah ini adalah bulan kelahiran intan!! weee... I'm getting 25 years old!!!



April juga merupakan besday hubby n besday mak intan..

April ni juga merupakan tahun ke-5 anniversary intan ngan hubby.. Bukan anniversary kawen, tapi anniversary berchinta gitew.. (ngade-ngade sgt)


ps : moga2 dapat ni!! (^-^)


Thursday, March 31, 2011

3D/4D Ultrasound Scan

Kali ni intan nak kongsi sket pasal 3d/4d scan ni..

Time mengandung ni mesti semua tak sabar2 nak tunggu baby lahir kan?? terbayang-bayang macam mana rupa baby nanti.. ikut muka mama ke.. ikut muka papa ke.. weeeee..

Scan ni bukan setakat untuk tengok muka baby aje, tapi kita boleh kesan sebarang kecacatan pada janin.. Doktor akan kira jari tangan ngan kaki cukup ke tak.. Bibir tu ok ke, sumbing ke.. Sume boleh tgk.. Kiranya jika ada sebarang kecacatan, kita dah dapat bersedia mental dan fizikal sebelum baby lahir lagi..

Time intan mengandung dulu pun intan sempat g wat scan 3d/4d ni gak.. memang seronok sangat2 n excited habes!!

Intan wat scan ni kat Vision College, Kelana Jaya.. tempat ni memang famous la untuk orang2 scan ni.. Kalo nak g kena booking dulu.. Tempat ni memang slalu full.. Booking awal pun xpe.. cam intan dl, ngandung 5 bulan da booking.. Weeeee.. (^-^)

Harga scan kat Vision College ni pun murah.. Time intan wat bulan Julai 2010, baru rm90.. harganya termasuk cd.. banyak la jugak gamba yang ada.. Berbaloi-baloi..

3d/4d ni disyorkan wat antara 27w ~ 32w.. supaya leh nampak dengan jelas.. tak kecil sangat n tak besar sangat.. Bila da lebih 8 bulan ni baby da besar, da penuh.. So, chance nak tgk muka baby tu terhad..

Pas scan hari tu de gak niat nak masukkan gamba2 scan ni dalam fb, tapi hubby x bagi... katanya tunggu pas baby lahir baru boleh upload.. So, intan menurut perintah!!! (^-^)

Now my baby da pun lahir, dah 5 bulan pun.. Leh la upload.. Weeeee...

Kalo diteliti gambar-gambar scan ni memang sama la ngan baby.. Lagi2 tang hidung dia, mulut dia, pipi dia.. bam bam.. comey sgt2.. memang teruja habes la time scan ni.. betapa besarnya kuasa Allah.. ciptaanNya yang sungguh indah sekali.. (^-^)